fbpx

Dunia tidak hargai nyawa rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia (berbaju hitam) bimbangkan keselamatan keluarganya di Gaza. -The National

LONDON – Seorang rakyat Palestin yang kini menetap di Scotland, Britain berikrar untuk terus bercakap perkara benar tentang apa yang berlaku kepada keluarganya di Gaza biarpun dia dibuli netizen dan digelar anti-Semitik, lapor akhbar The National semalam.

Nadia El-Nakhla  yang merupakan aktivis parti politik Parti Nasional Scotland(SNP) mengaku emosinya terganggu sejak minggu lalu kerana bimbangkan keselamatan keluarganya di Gaza.

“Saya rasa seolah-olah darah kami amat murah.

“Saya amat sedih kerana dunia seperti tidak langsung menghargai nyawa kami dan pada masa sama,  saya marah terhadap cara insiden konflik  ini digambarkan kerana media hanya menyebelahi satu pihak (Israel).

“Mereka tidak memaklumkan bahawa Gaza diduduki secara haram oleh Israel, telah dikepung dan tidak dilindungi,” jelasnya.

Pada Khamis lalu, ketika semua umat Islam sedang menyambut perayaan Aidilfitri, letupan akibat serangan udara Rejim Zionis eletup berdekatan kediaman nenek Nadia yang berusia 85 tahun, menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

“Mereka tiada tempat lagi untuk bersembunyi. Gaza hanyalah sepanjang 40 kilometer dan apabila Israel mengebom Gaza, ia sama seperti mengebom seluruh kawasan itu,” jelasnya.

Wanita itu berkata dia akan terus menuntut keadilan buat Palestin biarpun dilabel anti-Semitik.

“Semua pemimpin dunia bukan hanya perlu bercakap namun mesti mengambil tindakan terhadap Israel kerana melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), undang-undang antarabangsa dan juga melakukan jenayah perang,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI