fbpx

AFL tunda penganjuran Liga M3 susulan PKP 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOFF

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memaksa saingan bola sepak divisyen ketiga, Liga M3 yang sepatutnya bermula 4 Jun depan ditunda ke tarikh baharu.

Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi berkata, sekiranya PKP ber­akhir mengikut tempoh yang ditetapkan pada 7 Jun depan, maka tidak ada masalah untuk Liga M3 bermula Julai nanti.

Katanya, Julai adalah tarikh yang sesuai untuk sepak mula Liga M3 memandangkan setiap pasukan memerlukan masa lebih kurang sebulan bagi melakukan persiapan serta latihan.

“Liga M3 tetap akan dijalankan, namun kami masih belum pasti bilakah tarikh untuk bermula. Sekiranya PKP 3.0 tamat pada 7 Jun depan, mungkin kita akan mulakan Julai nanti.

“Kita tidak boleh jalankan te­rus liga sebaik PKP berakhir kerana setiap pasukan perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya sebulan. Bagaimanapun, ia turut bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Sebagai rekod, 20 pasukan akan menyertai saingan Liga M3 pada kempen kali ini dan semua pasukan akan dibahagikan dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B.

Pada masa sama, Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan Liga M3 bakal dianjurkan secara karnival sekiranya PKP terus dilanjutkan hingga akhir musim.

Selain itu, saingan kali ini juga bakal menyaksikan semua pasukan akan menggunakan khidmat 100 peratus pemain tempatan apabila penggunaan pemain import tidak dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI