fbpx

Jep Sepahtu, Sari Yanti timang anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sari Yanti dan Jep Sepahtu bersama cahaya mata ketiga mereka.

PETALING JAYA – Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti selamat menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu bayi lelaki malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin dalam Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur.

“Subhanallah. Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih sayang,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu juga, Jep turut berkongsi foto dia bergambar bersama isteri tercinta sambil memeluk bayi mereka yang diletakkan lambing hati pada wajah.

Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Antara selebriti yang meninggalkan ucapan tahniah ialah rakan pelawak, Achey,Radin Era dan Feeya Iskandar.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI