fbpx

Satu kampung kuarantin selepas 22 penduduk positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses sanitasi dan nyah kuman dijalankan di kampung tersebut kelmarin. -Suara.com

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di mukim Sumber di Banjarsari, Kota Solo dalam wilayah Jawa Tengah terpaksa diperintahkan menjalani kuarantin selepas 22 penduduknya disahkan positif Covid-19, lapor Suara.com kelmarin.

Sebanyak 55 keluarga di  Sumber sedang menjalani kuarantin dan 22 daripada mereka disahkan positif Covid-19.

“Kami menerima laporan daripada Pengerusi Kelurahan Sumber bahawa penduduknya diarah menjalani kuarantin.

“Terdapat 55 keluarga yang sedang menjalani kuarantin selepas 22 orang dilaporkan positif Covid-19 sejak 3 hari lalu,” kata Setiausaha Pusat Perintah Covid-19 Muhammadiyah PDM Solo, Teguh Wahyudi.

Susulan laporan tersebut, kampung itu telah disembur cecair sanitasi tengah hari kelmarin.

Teguh berkata pihaknya komited untuk mencegah penularan wabak Covid-19 termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Salah seorang penduduk kampung, Triyono mengaku proses sanitasi yang dijalankan di kampungnya itu boleh membantu memutuskan rangkaian Covid-19.

Menurutnya, beberapa penduduk menjalani kuarantin di pusat kuarantin asrama Haji Donohudan dan ada juga menjalani kuarantin di rumah sendiri.

“Semoga semuanya segera sembuh,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI