fbpx

Operasi sanitasi awam di Taman Batu Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan sementara bagi premis perniagaan di kawasan terlibat juga telah diedarkan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dapat dilakukan esok.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di beberapa lokasi di sekitar Taman Batu Muda esok.

Kosmo! difahamkan, DBKL juga telah menghantar notis penutupan sementara bagi premis perniagaan di kawasan terlibat semalam bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dapat dilakukan esok.

DBKL menerusi satu kenyataan berkata, operasi terbabit dilakukan menerusi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.

“Penduduk dan peniaga yang berada di kawasan terlibat diminta untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan operasi ini.

“Operasi tersebut akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan tempat berkumpul ialah di Pejabat Kesihatan Parlimen Batu,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, operasi berkenaan merupakan usaha DBKL dalam memerangi wabak Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI