fbpx
Mayat Mohd.Firas Naufal ditemui di kawasan pokok nipah di Sungai Pangkalan Baru, Bachok hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Mayat anak ditemui, operasi mencari bapa diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai lemas ketika menaiki jet ski bersama bapanya petang semalam ditemui di sekitar kawasan Sungai Pangkalan Baru di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Firas Naufal, 4, ditemui pada pukul 9.04 pagi tadi kira-kira 80 meter dari tempat dia dan bapanya, Mohd. Zalmizi Hashim,37, dipercayai terjatuh daripada jet ski.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, mayat mangsa ditemui timbul dari dasar sungai ketika pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam melakukan teknik mengocakkan air sungai di kawasan itu.

“Kita menyambung operasi mencari mangsa bermula pukul 7 pagi selepas berhenti pada pukul 2 pagi tadi.

“Selepas dua jam, mayat kanak-kanak itu berjaya ditemui. Kini, kita sedang fokus menjalankan operasi mencari bapa mangsa,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohammad Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, usaha mencari mangsa agak sukar kerana kawasan itu dipenuhi dengan pokok nipah.

Kosmo! online semalam melaporkan dua beranak dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mereka sedang menguji jet ski yang baru dibeli Rabu lalu di Sungai Pangkalan Baru di sini.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu disedari selepas, Mohd.Zalmizi dan Mohd.Firas Naufal tidak muncul semula selepas menguji jet ski yang dibelinya pada harga RM13,000.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN