fbpx

Kenyataan bersama akan dikeluarkan bagi mengutuk serangan rejim Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia akan menerajui bersama-sama dengan Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hari ini beliau telah mengadakan perbincangan melalui telefon bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo berhubung situasi terkini di Palestin.

“Dalam perbincangan tersebut kami bersetuju bahawa tindakan ganas rejim Israeal harus dihentikan serta-merta.

“Kami juga berkongsi pandangan yang sama supaya komuniti antarabangsa terutamanya majlis keselamatan PBB bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan menyelamatkan nyawa rakyat Palestin,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, penyelesaian terbaik dalam konflik itu hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

“Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. Sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang berkekalan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI