fbpx

Kematian Haziq tiada kaitan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haziq disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor pagi semalam.

PUTRAJAYA – Hasil bedah siasat ke atas jenazah atlet pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin menunjukkan kematiannya akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat berikutan perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Zahari Noor berkata, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal.

“Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kosmo! Online melaporkan, jenazah Haziq, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Jasin, Melaka yang juga kampung halaman isterinya kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Semalam, arena sukan Malaysia dikejutkan dengan pemergian Haziq yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi sejurus dikejarkan ke Hospital Kajang.

Ketiadaannya merupakan kehilangan besar buat negara selepas arwah menjadi taruhan dalam persiapan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo bersama beberapa atlet memanah yang berpotensi ke temasya itu.

Allahyarham pernah beraksi pada Sukan Olimpik London (2012) dan Rio de Janeiro, Brazil (2016).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI