fbpx

Abai SOP Aidilfitri : ADUN Jabi dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman menerima notis kompaun RM2,000 daripada pegawai polis di Besut hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menerima tetamu pada pagi 1 Syawal semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Terengganu, Dr. Azman Ibrahim dikompaun RM2,000 hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kompaun dikeluarkan terhadap Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perayaan Aidilfitri.

Beliau berkata, tindakan kompaun RM2,000 sama turut dikenakan terhadap lelaki yang menjadi tetamu ziarah raya rumah Azman tersebut.

“Dua kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 telah dikeluarkan pihak polis berhubung isu salah laku SOP (Azman dan tetamu) yang tular di laman Facebook.

“Meskipun tiada laporan rasmi dibuat, kita ambil tindakan berdasarkan kepada pemerhatian dan aduan berasas orang awam di media sosial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, gambar seorang tetamu mengunjungi kediaman Azman di Jabi, Besut selepas solat sunat Aidilfitri bagi meraikan 1 Syawal telah tular di laman Facebook.

Pengabaian SOP norma baharu ditetapkan kerajaan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Pada mulanya, ADUN Jabi itu mempertahankan tindakannya menerima kunjungan lelaki tersebut dipercayai jiran terdekatnya sebelum memadam muat naik status berkenaan di akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, Abdul Rozak memberitahu selain dua kompaun tersebut, pasukan pematuhan dan pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan rondaan di sekitar daerah Besut tidak menjumpai sebarang kesalahan pengabaian SOP norma baharu lain pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI