fbpx

Positif Covid-19, Reen Rahim sambut raya seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN Rahim

PETALING JAYA – Hasrat pelakon Reen Rahim meraikan hari raya Aidilfitri bersama keluarga tidak kesampaian selepas dia disahkan positif virus Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri sejak semalam.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 32, berkongsi khabar duka tersebut dalam satu hantaran Instagram semalam.

REEN turut memohon kepada mana-mana individu yang pernah berhubung dengannya pada 6 hingga 12 Mei lalu melakukan ujian calitan.

Menerusi hantaran tersebut, Reen memuat naik tangkap layar keputusan ujian calitannya iaitu positif Covid-19 yang diperolehnya daripada sebuah klinik.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu bagaimanapun bersyukur kerana ahli keluarganya yang lain di Klang tidak dijangkiti virus terbabit.

“Maaf semua, saya lakukan dua ujian calitan, satu negatif dan bangun pagi hari ini (semalam) dapat mesej (keputusan) saya positif. Alhamdulillah, ahli keluarga lain negatif.

“Namun, saya mengambil langkah untuk kuarantin seorang diri di sebuah rumah berasingan daripada keluarga.

“Keluarga pun sudah beri amaran keras supaya menjalani tempoh kuarantin di rumah sebab takut virus lambat aktif tapi sudah ada. Nanti tak pasal-pasal satu Klang positif,” katanya dalam entri tersebut.

Ujar pelakon filem Town Mall itu, dia juga mengakui sangat sedih kerana niat untuk beraya bersama keluarga tidak tertunai.

“Ini bermakna saya perlu beraya sendirian, tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini. Semoga Allah kuatkan hati Amie (ibu) supaya tidak bersedih tak jumpa saya selama sepuluh hari.

“Saya rela Amie menangis pada pagi raya sebab saya tiada berbanding saya yang menangis kerana Amie dijangkiti Covid-19. Doakan saya ya semua,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, selain Reen, beberapa pelakon lain turut disahkan positif Covid-19 iaitu Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI