fbpx

Solat sunat Aidilfitri di Pulau Pinang diadakan 3 sesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seluruh masjid dan surau di negeri ini dibenarkan mengadakan solat sunat Aidilfitri pagi esok secara penggiliran melibatkan tiga sesi.

Menurut pengumuman oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), sesi pertama akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 9.15 pagi, sesi kedua (9.45 pagi hingga 10.30 pagi) dan sesi ketiga (11 pagi hingga 11.45 pagi).

Selang masa selama 30 minit adalah bagi tujuan sanitasi dan persediaan jemaah untuk sesi solat sunat Aidilfitri seterusnya.

Imam yang ditentukan oleh pengurusan masjid pula perlu imam yang berlainan bagi setiap sesi manakala perhimpunan sama ada selepas atau sebelum setiap sesi adalah tidak dibenarkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan JHEAIPP.

Bagaimanapun, menurut beliau, penggiliran sesi solat sunat Aidilfitri itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (PKP) 3.0 yang diumumkan Kerajaan Pusat sebelum ini iaitu mempunyai had kapasiti tertentu.

Menurutnya, ahli-ahli kariah boleh berhubung dengan pihak pengurusan masjid dan surau masing-masing bagi tujuan pendaftaran dan penentuan sesi penggiliran untuk solat sunat Aidilfitri tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI