fbpx

Hamilton mahu kontrak dimuktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON masih berminat untuk meneruskan perlumbaan F1 dan berharap dapat memuktamadkan kontrak bersama pasukan Mercedes sebelum Ogos depan.

LONDON – Juara dunia, Lewis Hamilton yang meraih kemenangan ketiga ketika ini berharap dapat memuktamadkan kontrak bersama pasukan Mercedes sebelum Ogos depan dalam usahanya untuk terus kekal dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Kontrak juara dunia tujuh kali dari Britain tersebut akan tamat bersama Mercedes musim ini dan belum memikirkan apa langkah seterusnya selepas dia dilaporkan sedia menamatkan kariernya lebih awal.

Bagaimanapun, Hamilton menegaskan, dia masih berminat untuk meneruskan perlumbaan F1 musim depan dan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dikatakan bersedia untuk melakukan perbincangan secepat yang mungkin.

“Kami tidak ingin melakukan perbincangan seperti sebelum ini iaitu pada Februari lalu. Kea­daan tersebut merosakkan musim sejuk saya dan yakin jika dapat dilakukan lebih awal, ia adalah cadangan yang baik.

“Sememangnya kita tidak perlu terburu-buru tetapi kita harus bijak dan mulakan perbincangan lebih awal. Kami masih ada 19 baki perlumbaan yang perlu dilalui tetapi lebih baik kontrak tersebut diputuskan sebelum Ogos nanti,” kata Wolff.

Perlumbaan F1 mempunyai cuti musim panas antara Grand Prix (GP) Hungary yang berlangsung pada 1 Ogos sebelum GP Belgium yang membuka tirai 29 Ogos.

Ketika ini, Hamilton terus mendahului carta kedudukan apabila mengumpul 94 mata selepas meraih tiga kemenangan sekali gus meninggalkan Max Verstappen (Red Bull) dengan perbezaan 14 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI