fbpx

FAKTA HARI INI: Bayi pertama dilahir guna teknik sperma beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUAT pertama kalinya, Pusat Infertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mencipta sejarah dengan menjadi hospital kerajaan pertama berjaya menghasilkan bayi menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif pada 13 Mei 2010 lalu.

Menurut Ketua Pusat tersebut, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi memaklumkan, pada 2009 sepasang suami isteri keturunan Cina melalui proses berkenaan dan berjaya mendapatkan cahaya mata biarpun bapa bayi tersebut tidak dapat menghasilkan benih atau sperma yang baik ekoran kerosakan semula jadi sistem reproduktifnya sejak dilahirkan.

Jelasnya, selepas lahir, pihaknya memantau rapat perkembangan bayi terbabit bagi memastikan kaedah kelahiran yang dilakukan seperti itu tidak memberi kemudaratan kepadanya, malahan ketika dipantau bayi tersebut telah menunjukkan pertumbuhan berkala seperti bayi normal lain.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-7455 6428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI