fbpx

Polis gali lubang tutup laluan tikus di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kanan) memantau laluan tikus yang telah ditutup di Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini. Foto: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis Gua Musang terpaksa menggali lubang di lima laluan tikus sekitar Kampung Tanah Putih di sini bagi menghalang kenderaan merentas negeri memasuki negeri ini.

Langkah itu dilakukan selepas laluan berkenaan yang dipasang kon dan penghadang simen sebelum ini telah dibuang pengguna jalan raya untuk merentas negeri melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menutup lorong tikus itu kerana dipercayai sering dijadikan laluan kenderaan orang ramai yanh tiada surat kebenaran.

Katanya, sehubungan dengan itu, polis telah menutup sepenuhnya laluan tikus termasuk dengan meletakkan penghadang besi.

“Selain itu, kita turut melakukan pemantauan dan rondaan secara kerap di kawasan itu.

“Kita bertindak tegas untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dan menyekat pihak yang cuba melepasi daerah atau memasuki negeri Kelantan melalui Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau laluan tikus di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Choon Foo, aliran trafik memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini lengang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal dilaksanakan di seluruh negara esok.

Katanya, kebanyakan pengguna jalan raya dilihat mematuhi arahan larangan aktiviti merentas daerah dan negeri. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI