fbpx

Salman Khan bantu 25,000 pekerja filem Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salman Khan berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk dana kewangan kepada penggiat seni filem yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di India.

MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan berbesar hati menghulurkan bantuan kewangan kepada 25,000 orang penggiat filem yang terkesan dengan gelombang Covid-19 di India.

Menurut laporan The Indian Express, perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Federation of Western Indian Cine Employees (FWICE), Ashoke Dobey, baru-baru ini.

“Pengurus kepada Salman telah meminta presiden FWICE untuk mengirimkan dana seramai 25,000 pekerja dalam kalangan penggiat seni yang berdaftar dengan persatuan.

“Tahun lalu dia (Salman) telah memberikan sumbangan. Tahun ini dia melakukannya sekali lagi. Difahamkan Salman akan memberikan derma berupa wang tunai bermula dengan 1,500 rupee (RM85) seorang,” ujarnya.

Kata Ashoke, penggiat seni di Bollywood kebanyakkannya telah kembali bekerja pada awal Februari lalu. Namun kini mereka terpaksa duduk di rumah semula selepas India mencatatkan jumlah kematian tinggi ekoran gelombang kedua Covid-19.

Dalam pada itu, pelakon berusia 55 tahun itu turut berhasrat untuk menyerahkan sebahagian keuntungan filem baharu terbitannya yang berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada pihak yang memerlukan.

“Kami seronok dapat mengambil bahagian dengan mewujudkan inisiatif mulia ini, boleh menyumbang sedikit untuk melawan Covid-19 di negara ini,” kata Salman dalam satu kenyataannya kepada media tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI