fbpx

Ebit Lew sumbang 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit lew beri buah pisang kepada seekor gajah di Zoo Negara.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberikan sumbangan sebanyak 200 kilogram (kg) daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik kepada Zoo Negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban pihak zoo dan memberi haiwan-haiwan di situ makanan secukupnya.

“Sayu rasa nak raya, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya teringat kepada zoo. Misi bantuan makanan haiwan Zoo Negara. Saya rindu dan juga turut berasa kasihan kerana tiada orang boleh melawat memandangkan PKP.

“Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik untuk diberi kepada semua haiwan di sini. Saya gembira dapat tengok sendiri kesemua haiwan yang ada di Zoo Negara dan bantu mereka dengan memberi mereka makan,” tulisnya di Facebooknya.

Jelasnya, dia bersyukur dapat memberi bantuan sebelum raya Aidilfitri setelah beberapa kali dia terpaksa menolak jemputan pihak Zoo Negara atas urusan tertentu.

“Dari saya di Afrika lagi saya teringat kepada zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan. Walaupun sudah beberapa kali jumpa kesemua haiwan, rasa sayang sangat dengan kejadian keunikannya.

“Semoga semua haiwan disini sihat dan dapat makanan yang cukup. Mari bersama doakan untuk Zoo Negara,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI