fbpx
Ahli keluarga mengiringi keranda yang mengandungi jenazah Che Janiah untuk dibawa pulang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Banding, Hulu Terengganu dari Rumah Mayat HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Cam mayat ibu menerusi parut kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Mayat Che Janiah Jaafar, 55, yang ditemui rentung di kawasan belukar Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Tepoh, Kuala Nerus hampir sebulan lalu dicam menerusi kesan parut pada kakinya.

Anak sulung mangsa, Wan Mahisyamri W. Abd. Manan, 39, berkata, jari kaki kanan yang berinai juga menguatkan naluri dia dan enam adiknya bahawa mayat itu adalah ibu mereka.

“Ibu memang mempunyai kesan parut lama pada kaki kanan selain dia baru sahaja berinai tidak lama sebelum dilaporkan hilang pada 16 April lalu.

“Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu mengesahkannya,” katanya ketika ditemui sewaktu menuntut mayat Che Janiah di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Wan Mahisyamri berkata, walaupun sudah reda dengan pemergian ibu mereka namun dia dan enam adik-beradik tidak sesekali menerima perbuatan kejam yang telah diperlakukan terhadap wanita itu.

Sehubungan itu, dia mahu pembunuh ibunya dibawa muka pengadilan sekali gus menerima hukuman setimpal dengan kekejamannya

Kosmo! 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat wanita dipercayai mangsa pembunuhan yang rentung kecuali sebahagian kaki kanan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, tempoh reman dua suspek kes itu yang merupakan lelaki berusia 30-an dan 60-an telah disambung sehingga lusa. – K! ONLINE

POPULAR