fbpx

Semua stesen, terminal pengangkutan awam beroperasi seperti biasa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal yang tersenarai di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dibenarkan terus beroperasi.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting bagi negara, terutama bagi barisan hadapan yang bergantung pada operasi berterusan walaupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semua stesen pengangkutan awam perlu sentiasa dibuka bagi tujuan pemindahan atau penghantaran bekalan penting sekiranya berlakunya kecemasan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua premis perniagaan di tiga stesen dan terminal pengangkutan awam iaitu LRT KLCC, LRT Masjid Jamek dan KL Sentral akan ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa ini.

“Penutupan itu berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI