fbpx

Saman RM50 juta: Biar mahkamah tentukan – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan sepenuhnya terhadap keputusan mahkamah berhubung notis saman fitnah RM50 juta yang dituntut seorang peguam, Kamal Hisham Ja’afar.

Ayob Khan berkata, kes notis saman itu sudah diterima pihaknya dan masih menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

“Itu hak dia, kita tunggulah perbicaraan di mahkamah nanti.

“Sepatutnya tidak timbul isu ini (saman fitnah), dia (Kamal Hisham) ditangkap dan dituduh di mahkamah (kes penipuan pengiklanan), bila di mahkamah, dia boleh bela diri,”katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Seelong di sini hari ini.

Notis saman fitnah itu diserahkan Kamal Hisham menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates kepada Ayob Khan pada pukul 10.30 pagi, 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Notis tuntutan itu adalah berkaitan sidang akhbar yang dilakukan Ayob Khan berkaitan seorang peguam memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan menyamar sebagai peguam Istana Johor yang diadakan pada 22 April lalu.

Notis guaman itu antara lainnya mendakwa Ayob Khan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berniat jahat dan tidak benar.

Dalam sidang akhbar itu, Ayob Khan didakwa memaklumkan terdapat laporan polis yang mendakwa peguam itu menyamar sebagai peguam Istana Johor selain peguam tersebut melakukan kesalahan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.

Susulan itu, Ayob Khan dituntut untuk membayar pampasan berjumlah RM50 juta sebagai bagi kerosakan imej dan reputasi akibat kenyataan yang dikeluarkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI