fbpx

PLUS perkenal beli makanan secara tanpa sentuh di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 600 premis perniagaan oleh pengusaha tempatan di kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS akan terus beroperasi tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan untuk pelanggan yang perlu melakukan perjalanan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, untuk keselesaan pelanggan, kini PLUS turut menawarkan khidmat beli dan bawa pulang makanan tanpa sentuh (contactless) dengan lebih mudah.

“Pelanggan hanya perlu membuat pra-pesanan melalui Aplikasi PLUS untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang lazat daripada rakan niaga dan pengendali gerai di 21 R&R terpilih.

“Pra-pesanan ini boleh dibuat melalui aplikasi PLUS atau melalui pautan https://orderdisini.plus.com.my/,” katanya di sini hari ini.

Katanya antara rakan niaga yang menawarkan khidmat pra-pesanan terdapat di R&R Dengkil (kedua-dua arah), Rawang (arah utara) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Seremban (kedua-dua arah), Ulu Bernam (arah selatan), Tapah (arah selatan), Gunung Semanggol (kedua-dua arah) dan Gurun (kedua-dua arah).

Selain itu, Hentian Sebelah Juru (arah selatan), Pagoh (kedua-dua arah) Machap (kedua-dua arah), Hentian Sebelah Kulai (arah selatan) dan 3 R&R di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) iaitu Ajil (arah utara), Paka (arah utara) dan Perasing (arah selatan).

“Pelanggan lebuh raya yang mencari masakan panas atau minuman disaran untuk menggunakan khidmat Pra-Pesanan yang sangat mudah dan selamat digunakan kerana pesanan makanan boleh dilakukan dengan lebih awal, sekali gus menjimatkan masa ketika menunggu makanan disediakan.

“Semua premis di R&R dan hentian sebelah yang terletak di negeri-negeri yang melaksanakan PKP dan PKPB beroperasi mulai pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri yang melaksanakan PKP, hanya pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja dibenarkan.

Bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri di bawah PKPB, pelanggan dibenarkan untuk menikmati makanan di ruang makan di medan selera dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI