fbpx

Pakej baharu jentera jadi taruhan Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL bakal menggunakan pakej aerodinamik baharu pada jenteranya dalam saingan GP Sepanyol malam ini. – AFP

LONDON – Bekas juara dunia, Sebastian Vettel akan menerima pakej penambahbaikan sistem aerodinamik pada jentera Aston Martin miliknya menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Sepanyol malam ini.

Aston Martin mengesahkan perkara tersebut selepas melihat terdapat peningkatan positif selepas pelumba mudanya, Lance Stroll terlebih menguji aerodinamik baharu tersebut pada perlumbaan di GP Portugal minggu lalu.

Pakej ciri aerodinamik terbaru tersebut dibangunkan sendiri oleh Aston Martin selepas melihat jentera AMR21 sebelum ini berdepan masalah untuk mengekalkan kedudukan ketika bersaing dengan pasukan lain.

Pengarah kejuruteraan Aston Martin, Tom McCullough mendedahkan terdapat perbezaan ke­tara jentera kedua-dua pelumba­nya itu dan berharap sistem aerodinamik baharu tersebut mampu membantu Vettel untuk meningkatkan kepantasan.

“Pada perlumbaan minggu lalu Vettel yang memulakan saingan di petak ke-10 dilihat berdepan masalah dan kesukaran untuk mengekalkan posisi terbaik tersebut apabila sekadar menamatkan saingan tempat ke-14 keseluruhan.

“Stroll pula, yang berada di kedudukan ke-17 berjaya mendaki saingan di tempat ke-14. Menerusi data yang kita perolehi terdapat peningkatan pada jentera Stroll dan catatan masa juga sangat baik.

“Kami harap dengan pakej penambahbaikan ciri aerodinamik ini mampu membantu Vettel bersaing dan mampu bertahan mengekalkan posisinya ketika menerima tentangan daripada pelumba pasukan lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI