fbpx

Netizen ditipu warga emas dakwa ditinggal di rumah orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas yang didakwa ditinggalkan anak dan menantu di rumah jagaan orang tua sebelum ini.

PETALING JAYA – Kisah seorang warga emas yang sebelum ini didakwa dibiarkan di pusat jagaan orang tua sebelum ini selesai selepas anaknya tampil membuat kenyataan di laman Facebook.

Menerusi perkongsian anaknya yang dikenali Normala Shamsuddin, dia memaklumkan bahawa warga emas yang muncul di kaca televisyen tersebut merupakan ibu mertuanya.

“Untuk makluman semua, bukan anak-anak yang buang dia dari keluarga, tetapi dia yang buang anak-anaknya sejak kecil lagi. Semenjak berpisah dengan ayah, dia langsung tidak ambil tahu mengenai anak-anaknya.

“Dia juga mempunyai banyak wang dan bukan hidup susah. Dia juga mempunyai rumah sendiri, tetapi semua anak dan menantu adalah orang yang dia tidak suka,” jelasnya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Satu muatnaik di Facebook yang menerangkan kisah sebenar isu warga emas yang tular di media sosial Twitter baru-baru ini.

Normala menambah, suaminya adalah anak yang selalu dihina oleh warga emas tersebut kerana miskin dan juga orang susah.

Katanya, ketika ibu mertuanya meninggalkan suami, anak-anaknya masih kecil dan suaminya jugalah yang menguruskan mereka semua.

“Bukan mahu buka pekung di dada, tetapi kenyataan harus dibetulkan. Orang luar yang tidak tahu kisah ini memang akan kesian kerana itu lumrah untuk berasa kesian terhadap warga emas.

“Jadi, jangan terlalu awal beri hukuman atau membuat spekulasi bila anda tidak tahu cerita sebenar,” katanya lagi.

Seorang pengguna Twitter, @munyraz, berkata, lain orang, lain pengalaman hidupnya. Kenyataannya, perkara sebegini ada terjadi. Keluarga yang toksik juga wujud di sekeliling kita.

“Ini juga adalah sebagai peringatan untuk kita melayan anak-anak dengan baik. Tidak dinafikan ada ibu bapa berkata anak mereka menyusahkan sehingga dewasa kelak anak mereka hilang rasa hormat kepada ibu bapanya kerana emosi terganggu,” ciap @livelyeffa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI