fbpx

Kilang sarung tangan buat cemar kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis POK yang dikenakan kepada kilang pembuatan sarung tangan di Meru, Klang

KLANG – Kerakusan sebuah kilang membuat sarung tangan beroperasi melebihi kapasitinya sehingga melepaskan sisa industri ke dalam longkang awam membawa padah apabila diserbu dalam kejadian di kawasan Perindustrian Meru di sini, awal pagi tadi.

Serbuan Ops Sahur kira-kira pukul 1 pagi turut mendapati pengeluaran sisa industri berwarna putih dan berbuih dengan kuantiti banyak hasil pengeluaran produk kilang itu.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar berkata, berdasarkan siasatan mendapati kilang tersebut telah beroperasi sejak tahun lalu dalam bidang pembuatan sarung tangan untuk pasaran luar negara.

“Tiga kompaun berjumlah RM6,000 dikeluarkan terhadap kilang tersebut atas pelbagai kesalahan

“Selain itu, kilang itu turut dikesan melakukan kesalahan atas kegagalan mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, notis penahanan operasi kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera oleh pihak kilang.

Kata Norlin, sampel sisa efluen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak penghujung 2019 menyebabkan pasaran sarung tangan untuk kegunaan perubatan meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi.

“Kita memberikan amaran tegas kepada pihak industri supaya tidak sewenang-wenangnya melepaskan sisa pencemaran bagi mengelakkan sebarang pencemaran alam sekitar,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI