fbpx

Positif Covid-19, Aliff Iskandar makin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF ISKANDAR kini menjalani kuarantin di MAEPS, Serdang.

PETALING JAYA – Selepas disahkan positif Covid-19 seminggu lalu, tahap kesihatan penyanyi Aliff Iskandar kini semakin baik.

Bagaimanapun, pelantun lagu Perit itu masih ditahan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bagi menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan label pengurusannya Indigital Music, Aliff mula mengalami demam dan tidak sedap badan sejak 29 April lalu dan melakukan ujian calitan Covid-19 di sebuah klinik swasta.

“Saya disahkan positif sehari kemudan. Sebelum itu memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan sebanyak tiga kali di rumah.

“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya dijemput dengan menaiki ambulans malam itu juga untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan keputusannya mereka juga didapati positif seminggu kemudian.

Dalam pada itu, Aliff mengakui dirinya semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada pusat kuarantin berkenaan.

“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tetapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius seperti segelintir pesakit lain.

“Di sini (pusat kuarantin) saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik sahaja,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI