fbpx

Fazley rayu benarkan pelanggan makan di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZLEY terpanggil menyuarakan keluhan pengusaha restoran termasuk dirinya.

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob merayu kepada pihak kerajaan supaya membenarkan pelanggan makan dalam restoran (dine-in) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan enam daerah di Selangor ketika ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fazley, 43, percaya ramai pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP pada kali ini dan berharap cadangan tersebut dapat dipertimbangkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

“Saya terpanggil untuk berkongsi terutamanya kepada pihak berwajib, kalau boleh memberi peluang kepada pengusaha restoran untuk membenarkan pelanggan-pelanggan kami ‘dine in’.

“Mungkin satu meja untuk dua orang dan diperhalusi dengan SOP ketat. Perlu daftar MySejahtera, menggunakan cecair sanitasi tangan, pelitup muka hanya dibuka ketika makan dan selepas makan, mereka perlu keluar dari restoran,” katanya.

Fazley berkata, pelaksanaan PKP semestinya memberi kesan besar bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada pengusaha restoran lain.

Menurutnya, bukan mudah untuk semua orang untuk menggunakan perkhidmatan penghantar makanan sepanjang masa.

“Bukan mudah kerana apabila balik kerja, nak tempah makanan sebab penghantar makanan pun tidak ramai.

“Mereka juga terkejar-kejar. Jika dibuka peluang untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, ia membantu banyak pihak.

“Itu hanyalah saranan saya kepada pihak berwajib. Jangan kecil hati, ini hanyalah permintaan ikhlas daripada saya dan juga ramai pengusaha restoran yang lain,” katanya.

Terdahulu kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor mulai 6 Mei hingga 17 Mei, manakala seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 20 Mei. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI