fbpx

Siti Sarah buka mulut isu vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Sarah ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak bukannya mengajar perkara tidak elok.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah menerusi video IGTV Instagramnya tampil berkongsi pandangan mengenai isu seorang kanak-kanak yang disuruh menghisap rokok elektronik (vape) oleh ibu bapanya.

Menurut Sarah, sebagai seorang yang turut bergelar ibu, dia memahami situasi berkenaan dan mengambil kesempatan untuk menasihati ibu bapa di luar sana agar menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anak.

Jelas pelantun lagu Kesetiaan itu, biarpun menyayangi anak-anak namun ibu bapa tidak seharusnya mengikut telunjuk dan menuruti permintaan mereka sepenuhnya.

“Bagi saya sebagai ibu dan ayah kita kena ada ilmu macam mana kita nak kawal anak-anak yang mengamuk, dekat pusat membeli belah dan macam mana nak bagi anak-anak mendengar kata-kata kita.

“Bagi saya yang penting adalah ibu bapa kena ada tanggungjawab mendidik anak-anak. Benda yang tak boleh, maksudnya memang tak boleh walaupun ia adalah simple(ringkas).

“Bila kita jadi ibu bapa tanggungjawab kita adalah sangat besar dan kita tak nak bila mereka dah terbiasa untuk melanggar peraturan, mereka akan bermula dengan situasi kecil dan akhirnya kita tidak boleh kawal perbuatan itu, ” katanya.

Pada masa sama, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin meminta mana-mana individu yang menonton video tersebut untuk sama-sama mendoakan ibu bapa kanak-kanak itu dipermudahkan urusan.

“Siapa yang melihat video berkenaan, kita sama-sama doakan moga Allah permudahkan urusan mereka dan lembutkan hati anak-anak kita untuk jadi anak yang soleh dan solehah,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menyokong dan bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan Sarah dalam perihal mendidik anak-anak.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dipercayai anaknya sendiri menghisap vape tular hingga menerima kecaman hebat netizen.

Klip video berdurasi 12 saat tersebut menunjukkan kanak-kanak yang sedang menonton video animasi di telefon bimbit diberi vape untuk dihisap sebanyak dua kali.

Kosmo! semalam turut melaporkan pihak polis sudah menahan penjaga kanak-kanak itu untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI