fbpx

Kereta rempuh tiang gara-gara mengantuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang remuk pada bahagian hadapan selepas dipandu merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di Jalan Laksamana hari ini.

MELAKA – Seorang pekerja kedai telekomunikasi cedera selepas kereta dipandu merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di Jalan Laksamana dipercayai gara-gara mengantuk, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun cedera di bahagian lidah serta kaki kirinya dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Pasar Temenggung ke Melaka Raya.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaan dipandunya dipercayai kerana mengantuk lalu merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di kanan jalan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di lidah dan kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI