fbpx

15 peniaga gagal patuh SHMMP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Adli (tengah) meninjau harga barangan SHMMP di pasar raya Econsave, Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga di negeri ini dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang diperkenalkan sejak 21 April lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Saiful Adli Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, dua peniaga didapati gagal mempamerkan tanda harga khas, enam kes melibatkan tiada tanda harga dan tujuh kes menjual melebihi harga kawalan.

“Tindakan itu diambil menerusi operasi yang dijalankan Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan di seluruh negeri sehingga semalam di pasar awam dan pasar raya.

“Peniaga atau pengusaha premis sepatutnya mematuhi peraturan itu seperti yang ditetapkan mengikut SHMMP sempena Hari Raya Puasa yang melibatkan 32 barangan iaitu 12 barangan bagi fasa pertama, manakala 20 barangan lagi pada fasa kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga SHMMP di pasar raya Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave), Kubang Kerian di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Azanizam Affendi Juri.

Mengulas lanjut, Saiful Adli berkata, sepanjang tempoh bermula 21 April lalu, sebanyak 132 premis melibatkan pemborong dan 2,548 peruncit telah diperiksa.

“Selain itu, KPDNHEP juga mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga ayam, peladang, penternak dan pemborong,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI