fbpx
Keadaan gerai jualan yang rosak akibat dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut, petang semalam.

Nyaris maut gerai dihempap pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang pembantu jualan dan dua pelanggan nyaris maut selepas sebuah gerai di bazar Ramadan di Sungai Yan di sini dihempap pokok kelapa yang tumbang dalam kejadian ribut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, pembantu jualan terbabit yang dikenali sebagai Jasnita dan dua pelanggannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Jasnita, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan angin kencang yang mana sebatang pokok kelapa tumbang menghempap bahagian tengah gerai jualan.

“Nasib kami baik kerana semasa kejadian, saya sedang menyusun bekas lauk di tepi khemah manakala dua pelanggan sedang memilih juadah berhampiran tempat saya berdiri.

“Kami mungkin cedera atau maut jika pokok kelapa yang berbuah lebat itu menimpa betul-betul atas kepala,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN