fbpx

Gambar resolusi tinggi Hajarul Aswad didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ini diambil menggunakan proses rumit dan mengambil masa selama 60 jam untuk disiapkan. - Saudi Gazette

MEKAH –  Pengurusan Besar Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah mendokumentasikan gambar Hajarul Aswad di Kaabah yang dirakam menggunakan teknologi resolusi tinggi  Fox Stack Panorama berkapasiti 49,000 megapiksel, lapor akhbar Saudi Gazette semalam. 

Pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter rasminya  memaklumkan,  foto beresolusi tinggi itu dirakam di tanah suci Mekah. 

Gambar Hajarul Aswad menjadi tular di internet dengan tanda pagar #BlackStone trending di Twitter. Orang ramai mula berkongsi foto batu itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. 

Gambar tersebut dirakam menggunakan proses rumit dan mengambil masa 60 jam untuk disiapkan. 

Fokus Stack Panorama menggunakan teknologi yang menggabungkan imej dengan tahap kejelasan berbeza bagi menghasilkan imej dengan ketepatan paling tinggi. 

Hajarul Aswad atau batu hitam itu diturunkan dari syurga seperti yang tertulis dalam hadis Nabi Muhammad (S.A.W.). 

Ia menjadi tanda permulaan dan pengakhiran tawaf bagi jemaah haji dan umrah. 

Batu hitam tersebut diletakkan pada ketinggian satu setengah meter dari tanah dan memiliki warna hitam kemerah-merahan. 

Ia dikelilingi bingkai berwarna perak yang diletakkan bagi melindungi batu itu dan diharumkan dengan minyak wangi lima kali sehari. -Agensi

Batu ini dilindungi bingkai berwarna perak. -Saudi Gazette
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI