fbpx

Anak bunuh ibu didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar daripada mahkamah selepas dituduh membunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret Maran di Maran hari ini.

MARAN – Seorang penganggur berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Maran di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu kandungnya di Kampung Pesagi, Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nursyafiqah Noorinda.

Mengikut kertas pertuduhan pada kira-kira pukul 1.30 pagi, 29 April lalu, tertuduh Mohd. Fairul Ahmadiah, 39, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Meriani Ismail,55, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pesagi, Chenor dekat Maran.

Dengan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan hendaklah digantung sampai mati.

Dalam pada itu tertuduh juga didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis methampetamine yang dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 akta yang sama dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anasuha Atiqah Mat Saidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nursyafiqah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psiakiatri di Hospital Permai Johor selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya yang menyatakan berkemungkinan tertuduh ada masalah mental sebab berhalusinasi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini pada 2 Jun depan untuk mendapatkan laporan bedah siasat, laporan kimia asid deosiribonukleik (DNA) dan laporan psikiatri.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang anak yang baru keluar daripada penjara atas kesalahan dadah bertindak mencekik sebelum menetak ibunya menggunakan sebilah parang dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Kampung Pesagi Khamis lalu.

Kejadian kejam itu menyebabkan mangsa, Meriani Ismail,55 maut dengan mayatnya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah selain ada kesan tetakan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Mangsa tinggal bersama suspek yang merupakan anak sulungnya dan seorang cucu lelakinya berusia 10 tahun di rumah berkenaan, namun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan apabila sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI