fbpx

Norris akui keyakinan pada tahap terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS menamatkan perlumbaan GP Portugal di tempat kelima biarpun memulakan perlumbaan dari petak ketujuh kelmarin. – AFP

PORTIMAO – Pelumba McLa­ren, Lando Norris menyuarakan keyakinannya ketika menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal malam kelmarin di kedudukan kelima.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve itu, Norris menampilkan pemanduan cukup memberangsangkan selepas memulakan saingan di petak ketujuh.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut mengakui gembira dengan prestasi yang ditampilkan pada musim ini apabila mencatat keputusan memberangsangkan dalam tiga perlumbaan awal.

“Satu perlumbaan yang sa­ngat baik untuk saya hari ini (kelmarin) walaupun secara keseluruhan ia sukar. Charles (Leclerc) memberi saingan yang cukup sengit kepada saya sepanjang perlumbaan.

“Walaupun dalam keadaan berangin, jentera saya menunjukkan prestasi yang sangat baik. Kini saya rasa lebih yakin berbanding musim-musim sebelum ini,” kata Norris.

Tambah pelumba kelahiran Britain itu, jurutera McLaren sudah melakukan tugas terbaik apabila menyediakan jentera yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan teratas.

“Seluruh pasukan sudah jalankan tugas dengan baik selain sentiasa bekerjasama. Kerja keras kami selama ini akhirnya membuahkan hasil,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI