fbpx

Lima kertas kerja telah dibentangkan – MAFI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat MAFI diadakan secara hibrid iaitu gabungan online dan bersemuka di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan termasuk cadangan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara di Putrajaya semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat yang dijadualkan untuk bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun itu bertujuan membincangkan hala tuju, strategi dan isu berkaitan Sekuriti Makanan Negara.

“Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dicadangkan adalah mengikut kluster-kluster yang telah ditubuhkan sebelum ini iaitu Kluster Ketersediaan, Kluster Kebolehcapaian, Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan dan Kluster Kestabilan dan Kemampanan.

“Topik lain dibincangkan seperti, tindakan pengukuhan pemantauan import daging, strategi menangani isu bekalan dan kenaikan harga bawang, Status Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan Prestasi Negara dalam Indeks Prestasi Malaysia Dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dengan kehadiran secara online iaitu 17 ahli tetap yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI