fbpx

Larian IJM Allianz Virtual Highway ada tarikan tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SALWANI mendedahkan bahawa para peserta mempunyai masa mencukupi untuk melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih pada Larian IJM Allianz Virtual Highway 2021.

PETALING JAYA – Selepas terpaksa membatalkan IJM Allianz Duo Highway Challenge tahun lalu akibat pandemik Covid-19, peminat-peminat larian maraton tempatan kini boleh menyertai Larian IJM Allianz Virtual Highway 2021.

Penganjuran kali ini berbeza berbanding edisi-edisi sebelum ini kerana ia akan berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Keterujaan dan cabaran yang ditawarkan tetap sama, malah lebih menarik serta bersifat terbuka apabila penganjuran kali ini akan berlangsung hampir sebulan dari 15 Mei ini hingga 13 Jun depan.

Lebih menarik, tempoh pendaftaran untuk larian kali ini lebih panjang iaitu bermula semalam sehingga 13 Jun sekali gus membolehkan peserta merancang larian mengikut masa dan waktu yang dirasakan sesuai.

“Lari secara maya semakin popular ketika ini memandangkan tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan berskala besar. Amat penting untuk kita semua menjaga kesihatan pada tahap optimum dan terus memastikan sistem imun diri kuat.

“Ini kerana kami mahu memberikan sesuatu kepada peserta yang boleh memulihkan motivasi dan membangkitkan semula semangat mereka untuk berlari. Tanpa sebarang penganjuran larian, semangat setiap pelari akan menurun.

“Bagi kami, ia membolehkan para peserta mempunyai masa mencukupi untuk melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih, terutama apabila tempoh diberikan itu adalah ketika hari raya, kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff.

Larian secara maya itu bakal menyaksikan tiga kategori dipertandingkan bagi memenuhi kehendak peserta dengan yuran penyertaan berpatutan bermula pakej RM29 dan RM39.

Menariknya penganjuran kali ini adalah yuran penyertaan yang sangat berpatutan bermula pakej RM29 dan RM39.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.ijmhighwayrun.com serta Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI