fbpx

Lapan individu diambil keterangan hadir majlis tahnik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SiITI bersama tetamu kehormat yang menyempurnakan majlis tahnik anak keduanya, termasuklah, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

PETALING JAYA – Seramai lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu berkenaan telah hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk proses dirakamkan percakapan.

“Kes ini masih lagi di dalam siasatan dan pihak polis sedang dalam tindakan mengesan serta memanggil kesemua individu berkaitan dengan kes untuk dirakamkan keterangannya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online 2 Mei lalu melaporkan tentang penyanyi nombor satu negara itu dihujani kecaman netizen selepas didakwa menjemput beberapa pendakwa bebas dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa baru-baru ini.

Pertikaian tersebut timbul selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada 26 April lalu.

Siti Nurhaliza bagaimanapun menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku pada majlis tahnik putera kesayangannya, Muhammad Afwa itu sebaliknya individu terlibat bersetuju untuk hadir kerana kebetulan memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI