fbpx

Lan Pet Pet buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular menunjukkan berlaku salah faham antara Lan Pet Pet dan seorang penghantar makanan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pelakon dan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad berhubung satu kejadian pergaduhan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah terkesan satu video tular membabitkan seorang pelakon yang dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku pada 1 Mei 2021 kira-kira pukul 6.30 petang dan menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelakon tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan.

“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ashari, setakat ini pihaknya telah menerima laporan daripada pelakon tersebut berhubung kejadian namun semakan mendapati tiada menerima laporan daripada penunggang motosikal.

“Pihak polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan orang ramai yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Terahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan tentang satu rakaman video pergaduhan didakwa melibatkan pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet yang tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan seorang lelaki mirip pelakon tersebut dilihat merangkul dan memukul seorang lelaki lain di atas jalan raya.-K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI