fbpx

KPLB salur RM5 bilion bagi pembangunan luar bandar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Henry meletakkan tangan sebagai simbolik perasmian KPLB Learning HUB di INFRA hari ini.

BANGI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menggunakan kira-kira RM5 bilion bagi projek pembangunan ekonomi dan prasarana sepanjang tahun lalu yang memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi penduduk luar bandar.

Timbalan Menteri II KPLB,  Datuk Henry Sum Agong berkata, daripada jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 5.5 bilion, 92 peratus atau kira-kira RM5 bilion telah digunakan untuk pembangunan kawasan luar bandar sepanjang tahun lalu.

Katanya,  perbelanjaan itu merangkumi pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk membantu menyediakan rumah yang selesa dan selamat bagi didiami oleh golongan miskin serta miskin tegar.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 8,291 rumah telah dibaik pulih dan 1,428 rumah dibina baharu yang memberi manfaat kepada lebih 48,000 penerima dari golongan miskin dan miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB dan pelancaran  platform pembelajaran digital dikenali sebagai platform KPLB LEARNING HUB di  Dewan Gemilang Institut Kemajuan Desa (INFRA), hari ini.

Seramai 1,300 pegawai dan kakitangan kementerian serta agensi di bawahnya daripada gred 29 hingga JUSA/Turus akan dilibatkan dalam pembelajaran digital mulai bulan Mei ini hingga April tahun selama 12 bulan.

Sementara itu, Henry berkata, bagi pembangunan prasarana pula, KPLB telah membina Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 182.85 kilometer yang memberi manfaat kepada 42,700 penduduk di kawasan luar bandar untuk ke kawasan-kawasan bandar atau ke tempat-tempat awamlain.

“Selain kemudahan jalan raya, bekalan air bersih juga penting untuk dinikmati semua lapisan rakyat.

“KPLB telah menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada 10,917 buah rumah yang memberi manfaat kepada 54,585 penduduk luar bandar di seluruh negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI