fbpx

Cuma 70 tetamu hadir, Sheera Iskandar selamat nikahi anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEERA selamat mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Halim dalam sebuah majlis serba ringkas semalam.

PETALING JAYA – Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Sheera Iskandar akhirnya menamatkan zaman jandanya apabila sah menjadi isteri kepada seorang anggota polis, Mohd. Halim Abdul Gani dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan semalam.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan di Magica, Quill Mall, Kuala Lumpur itu, Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskanda telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Pasangan telah dinikahkan oleh juru nikah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram rakan artis, Salina Saibi, Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar kelihatan begitu manis dan anggun mengenakan busana pengantin berona putih sambil memakai topeng pelitup muka dan dipimpin suaminya berjalan di atas pentas utama.

“Akhirnya. Sahabat yang sangat baik. Gembira untuk awak dan syukur alhamdulillah. Mari kita doakan kebahagian mereka di bulan Ramadan yang mulia ini. Amin.,” tulis Salina.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut yang diadakan secara tertutup hanya dihadiri kira-kira 70 orang tetamu yang terdiri dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan bahawa anak kepada pelakon veteran, Aznah Hamid itu bakal mengakhiri zaman jandanya dengan seorang anggota polis dikenali sebagai Mr. H dan bertugas di Melaka.

Untuk rekod, Sheera pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Abdullah Harun pada Ogos 2015, namun bercerai pada 2018.

Antara rakan artis yang turut hadir bagi meraikan pasangan itu ialah Abby Abadi dan Salina Saibi. Turut kelihatan, penerbit drama Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI