fbpx

Sheera Iskandar selamat bersalin bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEERA dan suaminya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

PETALING JAYA – Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Sheera Iskandar selamat melahirkan cahaya mata sulung iaitu bayi perempuan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan suami Sheera, Mohd. Halim Abd. Gani menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, semalam.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Esa. Isteri saya Sheera selamat melahirkan puteri kami pada 22 Mei 2022, pukul 7.31 malam.

“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (PPUKM), doktor dan jururawat yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Halim turut mendoakan kebaikan mereka yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya supaya mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Dalam ruangan komen, ramai rakan-rakan artis turut meninggalkan komen berupa ucapan tahniah dan doa buat Sheera dan juga bayinya supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Tahniah sayang. Saya turut tumpang gembira. Selamat berpantang,” kata penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya.

“Syukur. Tahniah! Comel sangat,” kata pelakon Salina Saibi.

“Tahniah kak Sheera!” ucap pelakon Raja Ilya yang juga kini sedang hamil anak sulung.

Sekadar info, Sheera atau nama lengkapnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar selamat mendirikan rumah tangga bersama Halim pada 3 Mei 2021 dalam satu majlis pernikahan yang cuma dihadiri seramai 70 orang bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Anak kepada pelakon veteran Hasnah Hamid itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Abdullah Harun pada Ogos 2015, namun bercerai pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI