fbpx

Respa ucap syabas dan tahniah ke atas KPN baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di atas pelantikannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang ke-13 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Presidennya, Tan Sri Datuk Mohd. Ismail Che Rus berkata, pelantikan tersebut meneruskan tradisi sekian lama Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Timbalan KPN dipilih menggantikan KPN yang bersara.

“Datuk Seri Acryl Sani memiliki kelayakan dan pengalaman luas untuk memimpin PDRM ke arah yang lebih cemerlang.

“Pihak Respa akan terus menyokong beliau dan PDRM khasnya di bidang yang memerlukan penglibatan masyarakat seperti pencegahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Respa merakamkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Abdul Hamid yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai KPN hari ini.

“Kesungguhan beliau memerangi jenayah dan meningkatkan integriti pasukan akan terus dikenang dan seharusnya diteladani oleh penggantinya.

“Selamat bertugas kepada Datuk Seri Acryl Sani dan selamat bersara kepada Tan Sri Abdul Hamid Bador,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI