fbpx

Malaikat catat setiap perbuatan baik, buruk PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

PETALING JAYA – “Ingat (malaikat) Raqib dan Atib akan sentiasa mencatat setiap perbuatan kita untuk dihisab,”

Demikian amanat terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dititipkan buat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik beliau mengakhiri perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-12, hari ini.

Tegasnya, malaikat Raqib dan Atib di kiri dan kanan sentiasa bersiap sedia untuk menghisab perbuatan setiap daripada manusia di alam sana nanti.

“Justeru itu, setiap pegawai dan anggota polis perlu melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti, amanah dan berpegang kepada ‘amar makruf nahi dan mungkar’ (menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan) ketika menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

“Ya, kita tak mungkin akan dapat memuaskan hati semua 32 juta rakyat negara ini, namun kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan melaksanakan tugas dengan berintegriti serta sentiasa berpegang kepada amar makruf dan nahi mungkar,” ujarnya.

Peringatan itu disiarkan menerusi laman sosial Facebook milik PDRM selepas menyerahkan tugas KPN kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mess Pegawai, Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, persaraan bukan masa untuk dia terus melupakan pasukan polis selepas empat dekad berkhidmat.

“Tanggal keramat 3 Mei 2019, saya diberikan amanat untuk menjadi KPN ke-12 dan selepas dua tahun berlalu, tibalah hari terakhir saya memakai seragam biru dan mengakhiri perkhidmatan dalam PDRM.

“Sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka ketika mula berkhidmat pada 4 November 1979, sebegini jauh perjalanan saya sehingga jawatan terakhir mengetuai PDRM.

“Umum mengetahui saya pernah meninggalkan pasukan untuk bersara pilihan tetapi selepas tiga tahun, saya dipanggil semula sebagai KPN.

“Selepas empat dekad, kini tibalah masa untuk saya berundur. Walaupun saya akan kembali ke alam persaraan, namun darah Sang Saka Biru masih mengalir dalam diri dan saya akan berjuang dengan cara tersendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI