fbpx

Tempahan sukarela vaksin AstraZeneca sudah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela sudah dibuka secara rasmi kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mulai pukul 12 tengah hari tadi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai dibenarkan memilih satu satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja.

“Jika tarikh yang dipilih tiada, ia akan bertukar kelabu namun anda masih boleh memilih tarikh berkenaaan untuk dimasukkan dalam senarai menunggu,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan tempahan vaksin tersebut dilaksanakan berdasarkan kaedah first-come, first-served melalui pendaftaran di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI