fbpx

Tampalan sementara oleh DBKL di Jalan Maarof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas DBKL sedang membuat kerja-kerja tampalan sementara di lokasi kejadian, malam tadi.

PETALING JAYA – Jalan Maarof di Bangsar, Kuala Lumpur telah ditutup secara keseluruhan buat sementara waktu susulan kejadian tanah mendap dan hakisan yang berlaku di laluan berkenaan, malam tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan dilakukan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja tampalan sementara pada jalan yang rosak.

“Dua lorong (selepas Public Bank ke lampu isyarat) telah dibuka semula kepada kenderaan awam sebaik sahaja kerja-kerja tampalan selesai dilaksanakan.

“Manakala satu lorong lagi akan ditutup selama dua minggu bagi kerja-kerja perobohan hentian bas untuk membolehkan pelaksanaan pembaikan longkang dan juga membaiki jalan,” ujarnya hari ini.

Jelasnya lagi, kerosakan jalan berkenaan dikesan berlaku selepas hujan lebat yang telah menyebabkan berlakunya mendapan di permukaan jalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI