fbpx

Boeing pecat 65 pekerja yang bersikap perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boeing memecat 65 pekerja dan mendisiplinkan 53 yang lain kerana tingkah laku perkauman. - AFP

WASHINGTON – Pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS) ,syarikat Boeing memecat 65 pekerja dan mendisiplinkan 53 yang lain atas kesalahan perilaku rasisme, diskriminasi atau kebencian, lapor akhbar New York Post, semalam.

“Tidak ada tempat untuk kebencian dalam syarikat ini dan kami  mengharapkan yang terbaik daripada semua kakitangan dalam berinteraksi antara satu sama lain,” demikian menurut laporan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing,  Dave Calhoun.

Tindakan tatatertib itu diambil berikutan rancangan ekuiti kepelbagaian syarikat dan pembentukan Pasukan Petugas Ekuiti Kepelbagaian yang bermula tahun lalu, kata laporan itu.

“Oleh sebab kami telah menyaksikan gambar-gambar mengerikan dalam berita dan mendengar kisah-kisah sedih dari pekerja syarikat ini, maka Boeing nekad  untuk memajukan ekuiti, kepelbagaian dan penyertaan agar menjadi sebuah syarikat yang lebih teguh.

 “Sudah jelas bahawa kita memiliki kesempatan untuk memulakan titik perubahan dalam kalangan masyarakat dan keputusan ini adalah satu langkah penting untuk maju ke hadapan,” tulis laporan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI