fbpx

VR46 rasmi sertai saingan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI (kiri) bakal menguruskan pasukan VR46 selepas bersara sebagai pelumba pada penghujung musim ini nanti. – AFP

JEREZ – Pelumba veteran Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi sudah mula merancang masa depan apabila pasukan miliknya, VR46 sah menyertai saingan permotoran No. 1 dunia itu bermula tahun depan.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh VR46, pasukan berpangkalan dari Itali itu berjaya meraih penajaan lumayan daripada syarikat terkemuka Timur Tengah milik Putera Arab Saudi, Abdulaziz bin Abdullah Al Saud iaitu Saudi Aramco dengan kontrak sehingga 2026.

Kata Rossi, projek pasukan VR46 tidak pernah dibayangkan akan bersaing dalam arena MotoGP tetapi selepas lama ditubuhkan, skuad miliknya semakin menunjukkan potensi untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi sehingga berjaya ke kategori utama.

“Kami mula menubuhkan VR46 kurang daripada tempoh 10 tahun dan perancangan awal hanyalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dengan menyertai Kejohanan Permotoran Moto3 Itali.

“Justeru, apabila kami dite­rima untuk bersaing pada kejohanan MotoGP bermula musim depan, sudah tentu ia mendatangkan keterujaan buat saya secara peribadi dalam usaha untuk terus kekal dalam arena ini jika sudah bersara sebagai pelumba nanti.

“Mengenai perjanjian de­ngan Aramco, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana bukan saya yang berbincang dengan mereka memandangkan saya masih lagi seorang pelumba yang sedang bersaing pada musim ini,” katanya pelumba berusia 42 tahun itu.

Sebagai rekod, Rossi yang merupakan juara dunia MotoGP sebanyak tujuh kali telah mewakili Petronas Sepang Ra­cing Team (SRT) selepas menandatangani kontrak jangka pendek sehingga penghujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI