fbpx

Penganjur perhimpunan di Jalan Parlimen akan dipanggil – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada individu yang berhimpun di Jalan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pihak penganjur yang terlibat dalam perhimpunan ‘Buka Puasa Parlimen’ yang dikesan dibuat tanpa notis di Jalan Parlimen dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, lebih kurang 90 individu telah menghadiri perhimpunan tersebut namun semakan dilakukan mendapati tiada sebarang permohonan untuk berhimpun telah diterima.

“Kira-kira pukul 6.40 petang, terdapat lebih kurang 90 individu telah berkumpul di Jalan Parlimen yang terdiri daripada pimpinan dan ahli Parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) dan Pejuang.

“Semakan dilakukan mendapati bahawa Cawangan Lesen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, perhimpunan tersebut bagaimanapun berlangsung secara aman dan tiada sebarang tangkapan atau rampasan telah dilakukan.

“Perhimpunan bersurai kira-kira pukul 8.30 malam dan pihak polis akan memanggil kesemua individu yang dikenalpasti terlibat dalam perhimpunan ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Siasatan berhubung perkara ini dilakukan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012 (Perhimpunan Tanpa Notis),” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI