fbpx

Tiga sekawan didakwa bunuh tukang masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga sekawan (belakang kanan, kiri dan dua belakang kanan) didakwa di Mahkamah Majistret kerana membunuh tukang masak sebuah restoran di Subang Jaya, minggu lalu.

SHAH ALAM – Tiga sekawan didakwa di Mahkamah Majistrest hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Amirul Mohamad Ali, 21 dan Muhammad Muazzam Ahmad Ruzaini dan Muhammad Hafiz Daniel Norirman yang masing-masing berusia 20 tahun.

Kesemua pertuduhan dibacakan bersama dihadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka telah membunuh seorang lelaki iaitu G. Sharvin, 21, di sebuah unit apartmen di Jalan Kemajuan Subang, Subang Jaya di antara pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, pada 18 April lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Amirah Abdul Razak manakala dua daripada tertuduh diwakili peguam.

Sebutan semula kes pada 4 Jun depan untuk penyerahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kosmo! pada 20 April lalu melaporkan akibat berdendam kerana sering dibuli, seorang pemuda sanggup membunuh rakan serumahnya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan di sini.

Suspek dengan bantuan rakan subahatnya kemudian tergamak bertindak kejam dengan menyumbat mayat mangsa ke dalam sebuah tong sampah sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Mangsa lelaki berusia 21 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah restoran di SS19, Subang Jaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI