fbpx

Ulangi aksi lawan Prague

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kiri) berharap dia dan rakan sepasukannya berjaya mengulangi aksi menewaskan Prague di suku akhir lalu ketika menentang Villareal awal pagi esok. – AFP

LONDON – Bintang muda Arsenal, Bukayo Saka percaya, kemenangan mampu menjadi milik mereka sekiranya tidak melakukan kesilapan mudah menentang Villarreal pada aksi separuh ­akhir pertama Liga Europa di Estadio de la Ceramica awal pagi esok.

Penyerang berusia 19 tahun itu menggesa rakan-rakan sepasukannya untuk menampilkan aksi sama ketika membelasah wakil Republik Czech, Slavia Prague sewaktu aksi timbal balik peringkat suku akhir pada 16 April lalu.

“Kami adalah pasukan yang kuat apabila semua pemain berada pada tahap terbaik, selain masing-masing melibatkan diri ketika bertahan dan melakukan serangan.

“Kami tidak boleh melakukan kesilapan mudah yang akhirnya menghukum diri sendiri. Jika kami mampu ulangi prestasi ketika bertemu Slavia, peluang kami sangat cerah untuk mara ke final musim ini,” katanya.

Ia bukan perkara mudah dielakkan oleh Arsenal yang sudah sinonim melakukan banyak kesilapan tidak sepatutnya sepanjang musim ini sehingga menyaksikan mereka sekadar menghuni tangga ke-10 Liga Perdana ­Inggeris ketika ini.

Ia termasuklah kesilapan penjaga gol No. 1, Bernd Leno yang menjadi punca skuad bimbingan Mikel Arteta itu tewas 0-1 kepada Everton pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kem The ­Gunners mendapat suntikan semangat apabila tonggak pertahanan, David Luiz dilaporkan pulih daripada kecederaan dan dilihat kembali menjalani latihan bersama skuad utama menjelang perlawanan awal pagi esok.

Begitupun, Arsenal berkemungkinan besar beraksi tanpa kehadiran dua penyerang berbisa, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang, sekali gus terpaksa mengharapkan sentuhan bintang muda seperti Gabriel Martinelli serta Eddie Nketiah.

Sebagai rekod, trofi Liga Europa adalah satu-satunya peluang yang ada buat Arsenal untuk terus bergelar antara pasukan elit Eropah dengan beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI