fbpx

Doktor antara 6 ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketulan dadah mampat disyaki ganja yang dirampas selepas penahanan enam individu di sebuah rumah di Taman Sri Manja di sini semalam.

PETALING JAYA – Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Sri Manja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua enam yang ditahan berusia antara 26 hingga 30 tahun.

“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan telah berjaya menemui dan merampas 11 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja bernilai RM4,900 serta wang tunai sebanyak RM1,450.

“Polis turut merampas empat buah kereta dan sebuah motosikal bernilai RM139,500. Ujian saringan awal mendapati lima suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya percaya ganja yang dirampas tersebut boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,913 orang penagih.

“Hasil semakan juga mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI