fbpx

Harga RON95, RON97 kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.58 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 5 Mei depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat lebih 10 sen melebihi harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI